Kerjaya politik Jefridin Atan

Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sejak 2001 hingga sekarang.[1] Sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), komponen terutama Barisan Nasional (BN), beliau juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai.[1][2]

Pada pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019 selepas kematian penyandangnya, Datuk Wira Mohamed Farid Md Rafik, Jefridin pernah dicadangkan sebagai calon yang berpotensi atas tiket BN.[3] Biarpun sokongan terhadap bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng yang mewakili Persatuan Cina Malaysia (MCA) begitu kukuh, ada ramai orang-orang Melayu inginkan Jefridin sebagai calon BN kerana majoriti pengundi kawasan itu orang Melayu.[3] Walau bagaimanapun, BN akhirnya memilih Wee Jeck Seng sebagai calonnya,[4] dan pada 16 November, Wee berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini.[5]

Pada 13 September 2020, beliau dilantik sebagai seorang Senator atas pelantikan Dewan Undangan Negeri Johor, setelah dicadangkan oleh Menteri Besar Datuk Ir. Hasni Mohammad.[1][6] 2 hari kemudian, beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatannya.[7]